~Selamat Datang~

Wednesday, November 10, 2010

kesedaran dalam diri

sedih kadang-kadang tu bila tgk, seseorang itu seorang yang cergas dan tabah, tapi.. tatkala dugaan datang, kesakitan menyinggah, ketabahan yang ada hilang entah kemana.... yang ada hanyalah pemikiran yang jatuh merundum... yang hanya memikirkan kematian, sehinggakan kekuatan dalam diri semua hilang pergi tanpa disedari... bukankah penawar bagi segala kesakitan adalah ketabahan dan kekuatan diri? kadang-kadang tu, lebih sedih tatkala ibu/bapa sedang menanggung kesakitan, tetapi tiada satu pon anak yang datang menemani, memberi semangat yang setia disisi... membantu dalam membina keyakinan diri... yang ada hanyalah si bapa/ibu seorang diri, duduk termenung, menangis di dalam hati, menanti anak yang tidak hadirkan diri... kalau dulu, masa kecil, pantang si anak sakit, pasti ibu/bapa sanggup bersengkang mata, meredah hujan mencari ubatan untuk anak2... namun, tatkala dewasa adakah anak sanggup menjaga ibu/bapa mereka semula?

No comments:

Post a Comment