~Selamat Datang~

Saturday, May 22, 2010

~Istimewa~

Salam...
untuk semua..
terutama sekali kaum wanita.. yang sgt istimewa..

hikhik... gila formal la.. hahahah
actually baru hbs kursus laktasi selama 3 hari...
kursus laktasi ni kaitan dengan penyusuan susu ibu..
pe la salah kalo de ilmu, kita smpaikan kat sume kn?

okeh... pada kaum2 ibu.. bakal ibu.. or bakal mengandung lg...
kita sebagai org perempuan sgt kaya... lalalala...
kita dianugerahkan 2 kilang susu, yg xperlukan modal or apa pon...
tp, menghasilkan khasiat yg sgt tiada tandingannya...

susu ibu sgt banyak khasiatnya.. antara kebaikan2 yg ada:
Untuk bayi :
• Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
o Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
o Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar

• Susu ibu, terutamanya kolostrum(kolostrum merupakan susu yg 1st skali kuar dr nipples ibu, dia berwarna kuning okeh... separuh kepercayaan mengatakan itu susu basi, tanggapan itu sgt2 la salah... kolostrum mempunyai sgt banyak khasiat terutama skali imunisasi semulajadi yg xterdapat dalam mana2 susu formula..) , so, ia akan menguatkan sistem imuniti bayi anda.
o Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan
radang paru-paru.

• Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
• Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.

• Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
• Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah
untuk disediakan(haa.... xyh susah2 nk bwk air panas la, susu tepung la, itu la, ini la...)

• Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
• Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan
meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. hasil dr penyusuan yg ekslusif akan merapatkan hubungan ibu ngan bayi smpai ke dewasa okeh...

Untuk ibu, penyusuan susu ibu
• membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan
cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.

• membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
• mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
• menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya(ekslusif)

Lain - lain kebaikan
• Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.

• Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

bagi ibu yg bekerja, ia bukan satu alasan okeh...
susu ibu boleh diperah dan disimpan sewaktu ibu di pejabat..
so, blk msh lg blh bg bayi tu susu ibu ngan menggunakan sudu atau syringe..
susu ibu blh simpan dlm peti ais dlm tempoh beberapa bulan mengikut suhu yg ditetapkan..
okeh... untuk dapatkan hasil kebaikan yg seperti di atas ni, sila menyusukan bayi anda secara ekslusif dari lahir sehingga usia 6bulan dan diteruskan hingga usia 2tahun...
makanan pelengkap boleh dimulakan pada usia 6bulan...
elakkan bagi puting tiruan atau botol susu utk elakkan bayi keliru ngan puting ibu...
sbnrnye, kalo kita bg botol susu, bayi lg senang dpt jangkitan sbb bila kita cuci dgn air yg xpasti bersih atau x, or kita letak merata2, kn dah terdedah pada mikroorganisma...
n bila bayi hanya susu badan, dia perlu berkerja sbb kena menghisap baru mendapat susu, baru la otak dia jalan...
kalo bg botol susu je, dia just baring, tadah je mulut, then susu pon keluar, kn jd mls.....
mmgla minum susu formula tu, nmpak baby gemok, konon2nya sihat.. tp, hasilnya berbanding ngan bayi yg menyusu susu ibu sahaja?

ok la...
dah sgt panjang lebar...
fikir2kn la...
wat pilihan yg terbaik...=)

1 comment: